- TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI - AWAL SAINS DAN AWAL MATEMATIK
AWAL SAINS
Awal sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar mereka menggunakan organ deria dan peralatan mudah. Dalam proses penerokaan ini, sikap saintifik yang positif serta sifat ingin tahu, sistematik dan teliti akan terbentuk. Semasa proses penerokaan ini, kemahiran asas proses sains seperti kemahiran memerhati, mengukur menggunakan unit bukan piawai, membanding dan mengelas juga akan dikembangkan. Penerokaan dijalankan ke atas alam hidupan, alam bahan, dan alam fizikal. Tunjang ini lebih mementingkan penguasaan kemahiran daripada pemerolehan pengetahuan. Guru perlu bersikap terbuka terhadap pandangan dan dapatan daripada hasil penerokaan murid.
Awal sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak 4-6 tahun untuk membuat pembinaan menggunakan objek seperti blok. aktiviti pembinaan ini bukan sahaja memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari konsep penghubung, lingkungan serta awal matematik tetapi untuk meningkatkan daya kreativiti murid dan kemahiran motor halus.
AWAL MATEMATIK
Awal matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada murid prasekolah. pengalaman ini termasuk konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan runag. Konsep matematik ini dipelajari pada masa yang khas dan juga disepadukanke dalam semua aktiviti pembelajaran bertema menggunakan kaedah yang menyeronokkan.
Tunjang sains dan teknologi juga menyediakan peluang kepada murid prasekolah menggunakan komputer untuk melakukan tugasan tertentu. penggunaan komputer adalah ditahap kemahiran asas sahaja.
- TUNJANG KEMANUSIAAN
Tunjang kemanusiaan menggariskan skop dan konteks pembelajaran di prasekolah. Kandungan dalam tunjang ini boleh digunakan untuk membina tema-tema pembelajaran.
No comments:
Post a Comment