Modul asas merangkumi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina (untuk prasekolah yang aliran bahasa cina), Bahasa Tamil ( untuk prasekolah yang aliran bahasa tamil), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik dan Permainan Luar.
Secara umumnya modul asas bertujuan untuk penguasaan literasi awal 4M (membaca,menulis, mengira, menaakul). Modul teras juga merangkumi Pendidikan Islam yang perlu diajar oleh guru agama yang bertauliah. Pendidikan moral diajar semasa murid beragama islam belajar Pendidikan Islam, maka ia perlu dikelaskan sebagai modul teras asas. Kanak-kanak pada umur ini perlu diberi waktu khas untuk aktiviti fizikal di luar, maka Aktiviti Luar juga dianggap sebagai modul teras asas.
Modul asas diberi masa yang khas dalam jadual waktu prasekolah. Pada awal tahun modul asas mengambil masa lebih kurang 35% daripada waktu prasekolah, tetapi pada akhir tahun, peratus masa ini mungkin berkurangan jika murid didapati sudah menguasai kemahiran asas 4M.
MODUL BERTEMA
Pengajaran dan pembelajaran prasekolah sesuai dilaksanakan melalui tema yang membawa makna kepada kanak-kanak. Modul Bertema menyepadukan kesemua tunjang dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan termasuk juga bahasa, pendidikan moral dan matematik. Pada awal tahun, modul teras tema mengambil masa labih kurang 35% masa persekolahan tetapi pada akhir tahun, peratus masa perlu dinaikkan.
Guru boleh menentukan tema pembelajaran mengikut keperluan murid, keperluan setempat dan keperluan semasa. Walaubagaimanapun, adalah dicadangkan tema-tema ini dibina berdasarkan kategori berikut : Diri saya, Negara saya, Alam Hidupan, Alam bahan, Alam fizikal.
Tema buah-buahan |
Tema "Diri saya" |
Tema "keluarga saya" |
AKTIVITI RUTIN
Aktiviti rutin adalah penting dalam pendidikan prasekolah. Aktiviti rutin merangkumi aktiviti seperti pengurusan diri, perbualan pagi, refleksi sebelum balik, membaca doa dan makan semasa rehat. Aktiviti rutin mengambil lebih kurang 30% daripada masa prasekolah. Kandungan dalam aktiviti rutin merangkumi kesemua tunjang dalam Kurikulum Standart Prasekolah Kebangsaan.
No comments:
Post a Comment